Make your own free website on Tripod.com

 

 

KURSUS SIJIL PERHUTANAN
SEKOLAH  PERHUTANAN KEPONG

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Sekolah Perhutanan Kepong,  bagi mengikuti kursus berikut: 

     Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Bagi Tahun Pengajian 2007)  

 1.      SYARAT KEMASUKAN DAN TEMPOH PENGAJIAN

(i)     Kelayakan akademik yang diperlukan dan tempoh pengajian adalah seperti berikut:

 

NAMA KURSUS

TEMPOH KURSUS

KELAYAKAN AKADEMIK

Sijil Perhutanan Pengawas Hutan

1 tahun

(Sesi 2007)

Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menegah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

(ii)   Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 52 tahun.

(iii) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya boleh juga memohon.

(iv)  Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.   

 2.      PERMOHONAN

(i)     Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pengarah Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran 32cm x 23cm dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 30 sen,  ke alamat:

Pengarah Latihan Perhutanan,

Unit Latihan Perhutanan,

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,

Kepong, 52100 KUALA LUMPUR    

(ii)   Borang permohonan juga boleh di dapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia atau dari Lamanweb Unit Latihan Perhutanan http://ulpforestry.tripod.com/.  

 

3.      TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30hb. Oktober 2006 (Isnin).  Borang permohonan yang diterima lewat tidak akan dilayan.

 4.      Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Pengarah Latihan Perhutanan atau Pengetua Sekolah Perhutanan Kepong di talian telefon 03-62740572/ 62770856/ 62770847/ 62778741, Fax : 03-62731327  atau Lamanweb http://ulpforestry.tripod.com/  

                                                                                          Download Borang Kemasukan Kursus Sijil Perhutanan