Make your own free website on Tripod.com

 

 

KURSUS SIJIL PERHUTANAN
SEKOLAH  PERHUTANAN KEPONG

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Sekolah Perhutanan Kepong,  bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (Tahun Pengajian 2006/2007) dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Tahun Pengajian 2006) di Sekolah Perhutanan Kepong, Unit Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
 

 1.      SYARAT KEMASUKAN DAN TEMPOH PENGAJIAN

(i)     Kelayakan akademik yang diperlukan dan tempoh pengajian adalah seperti berikut:

 

NAMA KURSUS

TEMPOH KURSUS

KELAYAKAN AKADEMIK

Sijil Perhutanan Renjer Hutan

2 tahun

(Sesi 2006/07)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris

Sijil Perhutanan Pengawas Hutan

1 tahun

(Sesi 2006)

Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menegah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

(ii)   Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 52 tahun.

(iii) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah
menamatkan perkhidmatannya boleh juga memohon.

(iv)  Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.   

(v)  Sekolah Perhutanan Kepong tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus ini.   

 2.      PERMOHONAN

(i)     Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma
daripada Pengarah Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran
32cm x 23cm dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 50 sen, 
ke alamat:

Pengarah Latihan Perhutanan,

Unit Latihan Perhutanan,

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,

52100 Kepong, SELANGOR    

(ii)   Borang permohonan juga boleh di dapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri
di Semenanjung Malaysia.  

 

3.      TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17hb. Oktober 2005 (Isnin).  Borang permohonan
yang diterima lewat tidak akan dilayan.

  4.      Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Pengarah Latihan Perhutanan atau Pengetua
Sekolah Perhutanan Kepong di talian telefon 03-62740572/ 62770856/ 62770847/ 62778745,
Fax : 03-62731327   

 

                                                                                        DOWNLOAD BORANG KURSUS SIJIL PERHUTANAN