Make your own free website on Tripod.com

Pusat Latihan Perhutanan Terengganu


Latar Belakang

PusatLatihan Perhutanan Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973. Tapak Pusat Latihan ini seluas 8 hektar terletak di Kampung Teris, Hulu Terengganu iaitu lebih kurang 50 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu. Untuk tujuan latihan, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukan kawasan seluas 6,338 hektar di Hutan Simpan Bukit Kesing dan Hutan Simpan Ulu Setiu. Tujuan utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk melatih para belia terutamanya belia bumiputera yang berminat di bidang pembalakan untuk menampung pekerja-pekerja mahir di bidang tersebut selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

Selaras dengan perkembangan semasa dalam sektor perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah merangka rancangan pembangunan sumber manusia bagi tempoh 1995 - 2005. Sehubungan dengan itu Pusat Latihan ini akan menjalankan kursus-kursus persijilan untuk memastikan matlamat JPSM bagi melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan dicapai.


Kursus-kursus Yang Ditawarkan

P usat Latihan ini menganjurkan 3 jenis kursus seperti berikut:-

1. Kursus Pembalakan

Kandungan Kursus


2. Kursus Pembangunan Hutan Asli

Kandungan Kursus


3. Kursus Pembangunan Hutan Ladang

Kandungan Kursus


Jangkamasa Kursus

J angkamasa bagi kursus-kursus yang dijalankan adalah seperti berikut:-

Syarat-syarat Yang Diperlukan

C alon-calon hendaklah:

Yuran Pengajian

Y uran Pengajian akan dikenakan mengikut kursus yang dipohon. Kadar yuran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Asrama

P usat ini adalah sebuah institusi berasrama penuh yang menawarkan tempat kediaman (dormitory) kepada semua pelatih. Pelatih-pelatih dimestikan tinggal di asrama semasa menjalani kursus.


Hal-ehwal Pelatih

Pelatih-pelatih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan Besar Tengkawang, kira-kira 2km dari Pusat Latihan ini.


Sijil Kursus

Semua pelatih yang mengikuti kursus dan lulus peperiksaan/ujian yang ditetapkan akan menerima sijil kursus masing-masing.


Borang Permohonan

M ereka yang berminat untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pusat ini bolehlah mendapatkan borang permohonan dari:

Pengetua,
Pusat Latihan Perhutanan Terengganu,
Peti Surat 4,
21700 Kuala Berang,
TERENGGANU.
No. Tel : 09-6661792
No. Fax : 09-6661795
E-mel : plptjpsm@tm.net.my


D iantara Pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di PLPT ialah:
  1. Encik Amir bin Idris (1978 - 1980)
  2. Encik Salim bin Ali (1981 - 1983)
  3. Encik Abdul Hamid bin Din (1984 - 1985)
  4. Encik Ibrahim bin Ismail (1986 - 1990)
  5. Encik Ismail bin Talib (1991 - 1993)
  6. Encik Ng Hoe Tat (1994 - 1998)
  7. Encik Mohd. Suhaimi bin Mohd. Kurdi (1999 - 2002)
  8. Encik Mohd. Radhi Chu bin Abdullah (Bermula Januari, 2003)

[ Laman Utama | | Sejarah | | Misi dan Objektif | | Piagam Pelanggan |
| Sekolah Perhutanan Kepong | | Peperiksaan | | Latihan Dalam Perkhidmatan |
| Pusat Latihan Perhutanan Terengganu | | Kemudahan | | E-mel ]