Kemudahan Latihan

  1. Bilik Seminar
    Unit ini mempunyai 2 buah bilik seminar yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 40 orang peserta kursus.

  2. Bilik Kuliah
    Unit ini mempunyai tiga buah bilik kuliah yang masing-masing boleh memuatkan 40 orang peserta kursus.

  3. Dewan
    Dewan Alwy yang dinamakan sempena Pemelihara Hutan anak watan pertama menerajui Jabatan ini, boleh memuatkan sehingga 500 orang dan adalah merupakan salah satu dari kemudahan latihan yang banyak manafaat untuk menampung berbagai acara dan aktiviti latihan. Kadar sewa RM400.00/hari (Majlis rasmi Jabatan Kerajaan) atau RM500.00/hari (Swasta).

  4. Makmal Komputer
    Terdapat 20 unit komputer serta peralatan khusus untuk menampung keperluan latihan dalam ICT. Makmal ini mempunyai kemudahan internet.

  5. Kemudahan Tempat Tinggal
    Unit ini menyediakan kemudahan penginapan dalam bentuk asrama kepada kakitangan Jabatan dan orang awam yang hendak menghadiri kursus ataupun menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan. Kadar sewa RM30.00/hari (Berhawadingin).

  6. Perpustakaan
    Perpustakaan turut disediakan dan dilengkapi dengan buku, majalah dan berbagai bahan rujukan untuk kemudahan pelatih-pelatih Kursus Sijil Perhutanan serta peserta-peserta kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ataupun untuk rujukan kakitangan yang menghadiri Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan.

  7. Mes Pegawai
    Mes Pegawai ada disediakan dan dilengkapi dengan peralatan untuk kemudahan jamuan sehingga 150 orang.

  8. Tempat Sembahyang
    Terdapat sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan Asrama, Unit Latihan Perhutanan untuk kemudahan sembahyang bagi peserta-peserta kursus yang beragama Islam. Gereja dan kuil boleh didapati di Selatan kawasan ini.

  9. Kemudahan Rekreasi
    Gelanggang sepak takraw, bola tampar, badminton, tenis, padang bola sepak dan meja pingpong ada disediakan untuk kemudahan riadah pelatih-pelatih Kursus Sijil Perhutanan, kakitangan ULP dan peserta-peserta yang menghadiri kursus atau mengambil Peperiksaan Perkhidmatan.

  10. Kemudahan Perubatan & Kesihatan
    Peserta-peserta kursus yang memerlukan rawatan perubatan akan dirujuk kepada Hospital Selayang, Klinik Taman Ehsan atau di Hospital Sungai Buloh yang mana tidak jauh dari kampus ULP dan akan diberi layanan sebagai pegawai-pegawai kerajaan. Terdapat juga beberapa klinik swasta di Taman Daya, Taman Ehsan, Pekan Kepong dan Selayang Baru yang berhampiran. Farmasi-farmasi boleh didapati di beberapa komplek perniagaan di sekitar Kepong atau Selayang.

  11. Telefon Awam
    Beberapa buah telefon awam turut disediakan di sekitar kampus ULP untuk kemudahan para peserta dan orang awam. Telefon bimbit juga dimanfaatkan oleh ahli masyarakat dan pelawat-pelawat.

  12. Kafeteria
    Terdapat (2) dua buah kafeteria iaitu sebuah kafeteria ULP dan sebuah kafeteria FRIM yang dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam yang terletak berhampiran dengan kampus ULP. Disamping itu terdapat beberapa buah gerai yang turut beroperasi di luar pintu masuk ke FRIM.


[ Laman Utama | Sejarah | Misi dan Objektif | Piagam Pelanggan |
| Latihan Dalam Perkhidmatan | Sekolah Perhutanan Kepong | Peperiksaan |
| Pusat Latihan Perhutanan Terengganu | Kemudahan | E-mel ]