Pusat Latihan Perhutanan Terengganu
Latar Belakang
Pusat Latihan Perhutanan Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973. Tapak Pusat Latihan ini seluas 8 hektar terletak di Kampung Teris, Hulu Terengganu iaitu lebih kurang 50 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu. Untuk tujuan latihan, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukan kawasan seluas 6,338 hektar di Hutan Simpan Bukit Kesing dan Hutan Simpan Ulu Setiu. Tujuan utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk melatih para belia terutamanya belia bumiputera yang berminat di bidang pembalakan untuk menampung pekerja-pekerja mahir di bidang tersebut selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
Selaras dengan perkembangan
semasa dalam sektor perhutanan, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM) telah merangka rancangan pembangunan sumber manusia bagi
tempoh 1995 - 2005. Sehubungan dengan itu Pusat Latihan ini akan menjalankan kursus-kursus
persijilan untuk memastikan matlamat JPSM bagi melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan dicapai.
Kursus-kursus Yang Ditawarkan
Pusat Latihan ini menganjurkan 7 jenis kursus seperti berikut:-
1. Kursus Mensurasi Hutan
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada sektor Perhutanan.
- Asas sukatan hutan, asas matematik dan trigonometri.
- Prinsip dan prosedur menyukat serta alat menyukat, skala dan alat-alat sukatan.
- Menyukat pokok berdiri dan isipadu, lilit, diameter dan pokok berdiri.
- Menyukat balak bulat, berlubang, jaras dan penggunaan sifir isipadu.
Jangkamasa Kursus
2. Kursus Penyediaan Peta Stok Untuk Mengusahasil Hutan
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada Perhutanan di Malaysia, cabaran dan isu-isu terbaru.
- Kaedah penandaan pokok yang ditebang.
- Kaedah memilih pokok ibu.
- Penyediaan laporan penandaan pokok.
- Kaedah penyediaan peta stok.
- Jenis-jenis peta stok dan borang-borang yang berkaitan.
Jangkamasa Kursus
3. Kursus Pengendalian Jentera Berat
Kandungan Kursus
- Pengenalan dan fungsi bahagian-bahagian jentera.
- Kaedah mengendalikan jentera (amali).
- Kaedah membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan jentera.
- Peraturan keselamatan dan isyarat tangan.
- Spesifikasi jentera/mesin dan kaedah merekod bagi tujuan penguatkuasaan.
Jangkamasa Kursus
4. Kursus Bancian Hutan Selepas Tebangan (Post-F Inventory)
Kandungan Kursus
- Perkembangan sektor Perhutanan dan isu-isu terbaru mengenainya.
- Tujuan dan objektif Post-F dan kaedah melaksanakan mengikut MS ISO 9002.
- Ukuran hutan, membaca peta, skala dan pembetulan kecuraman.
- Pelaksanaan bancian (amali).
- Memeriksa bancian yang dibuat oleh sektor swasta.
Jangkamasa Kursus
5. Kursus Rancangan Mengusahasil Hutan
Kandungan Kursus
- Perkembangan terbaru sektor Perhutanan.
- Pelaksanaan MC & I dan kriteria-kriteria yang perlu diberi perhatian dalam
kerja-kerja pembalakan.
- Maklumat yang diperlukan bagi menyediakan rancangan mengusahasil hutan.
- Penyediaan rancangan mengusahasil hutan.
Jangkamasa Kursus
6. Kursus Spesifikasi Jalan Hutan Untuk Kontraktor
Kandungan Kursus
- Sistem perparitan, pembetungan dan pembinaan jambatan.
- Geometrik jalan hutan.
- Kaedah pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur.
- Kerja-kerja ukur.
- Ujian.
Jangkamasa Kursus
7. Kursus Teknik Tebangan Berarah
Kandungan Kursus
Jangkamasa Kursus
Syarat-syarat Yang Diperlukan
Calon-calon hendaklah:
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian akan dikenakan mengikut kursus yang dipohon. Kadar yuran
akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Asrama
Pusat ini adalah sebuah institusi
berasrama penuh yang menawarkan tempat kediaman (dormitory) kepada semua pelatih.
Pelatih-pelatih dimestikan tinggal di asrama semasa menjalani kursus.
Hal-ehwal Pelatih
Pelatih-pelatih boleh mendapatkan
perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan Besar Tengkawang, kira-kira 2km dari Pusat
Latihan ini.
Sijil Kursus
Semua pelatih yang mengikuti kursus dan
lulus peperiksaan/ujian yang ditetapkan akan menerima sijil kursus masing-masing.
Borang Permohonan
Mereka yang berminat untuk menghadiri
kursus yang dianjurkan oleh Pusat ini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dari:
- Pengetua,
- Pusat Latihan Perhutanan Terengganu,
- Peti Surat 4,
- 21700 Kuala Berang,
- TERENGGANU.
- No. Tel : 09-6661792
- No. Fax : 09-6661795
- E-mel : plptjpsm@tm.net.my
- Diantara Pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di PLPT ialah:
- Encik Amir bin Idris (1978 - 1980)
- Encik Salim bin Ali (1981 - 1983)
- Encik Abdul Hamid bin Din (1984 - 1985)
- Encik Ibrahim bin Ismail (1986 - 1990)
- Encik Ismail bin Talib (1991 - 1993)
- Encik Ng Hoe Tat (1994 - 1998)
- Encik Mohd. Suhaimi bin Mohd. Kurdi (1999 - 2002)
- Encik Mohd. Radhi bin Chu Abdullah (2003 - Mei 2005)
- Encik Mohd. Najib bin Hashim(Mulai Jun 2005 - Sekarang)
Program Kursus dan Latihan PLPT Tahun 2006
A. Kursus Pengusahasilan Hutan
Bil. |
Nama Kursus |
Tarikh |
1. |
Kursus Teknik Tebangan Berarah (5 Hari) |
Januari (Terengganu) Februari (Pahang) Mac (Perak & Kedah) April (N.Sembilan & Johor Mei (Pahang & Selangor) Jun (Kelantan & Terengganu) Julai (Perak & Kedah) Ogos (Johor) September (Pahang & Kelantan) dan November (Pahang) |
2. |
Kursus Pengendalian Gergaji Berantai |
06 - 10 Februari dan 10 - 15 Julai, 2006 |
3. |
Kursus Memanjat dan Memangkas Pokok |
06 - 11 Mac dan 21 - 26 Ogos, 2006 |
4. |
Kursus Pengendalian Jentera Berat I |
17 - 22 April dan 11 - 16 September, 2006 |
5. |
Kursus Pengendalian Jentera Berat II |
15 - 20 Mei dan 06 - 11 November, 2006 |
6. |
Kursus Perancangan Pembinaan Jalan Hutan |
12 - 17 Jun dan 04 - 09 Disember, 2006 |
B. Kursus Pembangunan Hutan
Bil. |
Nama Kursus |
Tarikh |
1. |
Kursus Asas Pemetaan & Ukuran Tanah |
23 - 27 Januari dan 24 - 28 Julai, 2006 |
2. |
Kursus Dendrologi dan Mensurasi Hutan |
03 - 08 April dan 20 - 24 November, 2006 |
3. |
Kursus Penyediaan Peta Stok (Tanda Pokok) |
20 - 24 Mac dan 04 - 09 September, 2006 |
4. |
Kursus Penandaan Pokok Swasta |
20 - 24 Februari dan 14 - 18 Ogos, 2006 |
5. |
Kursus Bancian Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) |
15 - 19 Mac dan 03 - 07 Julai, 2006 |
6. |
Kursus Bancian Hutan Selepas Tebangan (Post-F) |
19 - 23 Jun dan 06 - 10 November, 2006 |

[ Laman Utama | | Sejarah | | Misi dan Objektif | | Piagam Pelanggan |
| Sekolah Perhutanan Kepong | | Peperiksaan
| | Latihan Dalam Perkhidmatan |
| Pusat Latihan Perhutanan Terengganu | | Kemudahan
| | E-mel ]